KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 6,243 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini berbanding 5,403 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini berjumlah 2,522,498 kes.
Katanya, maklumat terperinci akan di muat naik ke laman sesawang covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari di kemas kini selepas tengah malam. – MalaysiaGazette