KUALA LUMPUR – Bekalan air di 13 kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur ekoran insiden paip pecah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur semalam telah pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi.
Pengurusan Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. – MalaysiaGazette