KUALA LUMPUR – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun ini akan menyediakan lebih 2,000 Stock Keeping Unit (SKU) produk yang boleh dibeli secara dalam talian selama tiga hari.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr, Ronald Kiandee berkata, dijangka 200 usahawan akan tampil dalam program yang akan diadakan kira-kira 40 hari saja lagi itu.
Ujar beliau, tema HPPNK yang akan diadakan bermula pada 21 hingga 23 Disember itu nanti adalah ‘Terima Kasih Keluarga Agro’.
“Hari ini 10 November 2021 merupakan countdown HPPNK 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pra Pelancaran Smart Card Keluarga Peladang (Peldang -i) dan Countdown Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2021 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini, hari ini.
Program berkenaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia KL (WTCKL) .
Antara yang bakal menjadi tarikan ketika HPPNK tahun ini adalah Malam Anugerah Perdana Keluarga Agro Malaysia 2021; Sembang Sangai bersama Hero Agro, Forum Perdana Agro; Seminar Agro 4.0 bersama pakar pemasaran digital; Dapur Peladangnita Peringkat Kebangsaan dan banyak lagi. – MalaysiaGazette