Home Nasional Penganggur ugut bakar rumah dipenjara lima bulan

Penganggur ugut bakar rumah dipenjara lima bulan

pegawai SB memfailkan saman fitnah menerusi peguamnya M Manoharan pada 23 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas diplomat dan pengarah Bukit Aman

KULAI – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan untuk membakar rumah seorang individu di Taman Putri Kulai, September lepas.

Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Teng Chee Sing, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun melalui panggilan telefon di hadapan sebuah bank di Indahpura, Kulai, di sini pada 12.46 tengah hari, 21 September lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan pada 31 Oktober lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Edlynn Wong memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh kerana perbuatan lelaki itu telah memberi ancaman kepada keselamatan awam.

Bagaimanapun, peguam Hidayah Asri daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya tidak memiliki pekerjaan selain mempunyai masalah kesihatan. – Bernama