Home Politik Adly calon Ketua Menteri sekarang, tapi dalam politik macam-macam boleh jadi –...

Adly calon Ketua Menteri sekarang, tapi dalam politik macam-macam boleh jadi – Johari

Ketua WIP PKR merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul ketika temubual bersama Malaysia Gazette sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Pusat Media MG, Ayer Keroh, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 11 NOVEMBER 2021.

AYER KEROH – Jawatan Ketua Menteri Melaka masih boleh berubah dan tidak semestinya calon sekarang akan diangkat, kata Ketua Whip Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul.

Beliau berkata, nama Adly Zahari dipilih buat masa ini kerana mempunyai rekod yang baik.

“Selama 22 bulan jadi Ketua Menteri Melaka, sudah ada bukti beliau telus, terbuka dan agresif.

“Tetapi tak bermaksud dialah orangnya yang akan diangkat nanti,” katanya dalam program Melaka Memilih, hari ini.

Ketua WIP PKR merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul ketika temubual bersama Malaysia Gazette sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Pusat Media MG, Ayer Keroh, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 11 NOVEMBER 2021.

Beliau berkata, dalam politik, macam-macam perkara boleh terjadi.

“Tanggungjawab yang ini kita bagi dia adalah sebagai ketua. Dia bukan syok sendiri sahaja tetapi perlu jadi ketua yang memimpin dalam tempoh berkempen ini.

“Adly kena pastikan amanah memang besar dan Pakatan Harapan (PH) juga menang besar.

“Tanggungjawab besar ini untuk menangkan kawan-kawan lain di dalam PH,” katanya lagi.

Nama Adly diangkat sewaktu PH melancarkan Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan pada Rabu.

Ia khusus bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlansung pada 20 November depan.

Selain nama Adly, turut menjadi perhatian adalah calon Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin daripada parti PKR. – MalaysiaGazette