Home Nasional Dos penggalak tingkatkan tahap imuniti

Dos penggalak tingkatkan tahap imuniti

Malaysia Institute of Infectious Diseases Bandar Enstek (Picture for representational purposes only) A healthcare worker is preparing the Pfizer BioNTech Covid-19 vaccine for the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) for Adolescents at the Management and Science University (MSU) in Shah Alam. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 20 SEPTEMBER 2021. Infectious Diseases Institute Bandar Enstek anti-vaccine anti-vaxxers
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kajian vaksinasi Covid-19 yang dilaksanakan Thailand dan Chile mendapati vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech sesuai diberikan sebagai dos penggalak.

Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara, Dr Kalaiarasu M Peariasamy berkata, berikutan itu, pihaknya membuat ketetapan menggunakan vaksin Comirnaty sebagai dos penggalak.

Kata beliau, setakat ini mereka yang menerima vaksin Comirnaty dan tidak mengalami sebarang alahan sampingan.

“Justeru, kajian terhadap vaksin Pfizer (Comirnaty) apabila dos penggalak diberi, dan pemeriksaan yang dibuat selepas pemberian dos ketiga (booster) serta dibandingkan di antara jenis strain asal Wuhan dan Delta.

“Hasil perbandingan itu menunjukkan kepada kita bahawa, untuk golongan muda dan warga emas lebih 65 tahun, vaksin Pfizer yang diberi sebagai dos penggalak menunjukkan peningkatan tahap imunitinya, ini pada tahap yang tinggi,” kata pada sidang media, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kajian keberkesanan vaksin penggalak yang dilakukan di Chile mendapati ia dilakukan secara homologous, iaitu mereka yang menerima vaksin Coronavac dan dos penggalak daripada vaksin yang sama menunjukkan peningkatan keberkesanan terhadap jangkitan Covid-19 antara 56 hingga 80 peratus.

Menurut Dr. Kalaiarasu, bagi dos penggalak yang diberikan secara heterologous, iaitu Comirnaty pula menunjukkan bahawa kadar keberkesanan dos ketiga adalah di antara 56 hingga 90 peratus dan antara 56 hingga 93 peratus bagi vaksin keluaran AstraZeneca.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) masih belum membuat keputusan untuk membenarkan penerima dos penggalak mendapat suntikan ketiga itu tanpa janji temu ataupun secara ‘walk in’.

Tambah beliau, setakat ini, KKM hanya membenarkan pemberian vaksin Covid-19 tanpa perlu janji temu kepada individu yang masih belum mendapatkan vaksinasi penuh. – MalaysiaGazette