Home Dunia Pekerja loji nuklear Fukushima Daiichi terkena radiasi

Pekerja loji nuklear Fukushima Daiichi terkena radiasi

Seorang pekerja di loji nuklear Fukushima Daiichi. Gambar hiasan

TOKYO – Seorang pekerja di loji nuklear Fukushima Daiichi didapati terdedah dengan sedikit radiasi semasa menjalankan pemeriksaan rutin keselamatan, kata pengendali loji Tokyo Electric Power Co (Tepco).

Radiasi dikesan pada rongga hidung pekerja itu.

Syarikat itu menganggarkan jumlah radiasi sehingga 0.010 millisieverts – kurang daripada sinaran X-ray khas 0.05 millisieverts – dan mengatakan ia tidak mendatangkan risiko kesihatan segera.

Insiden pekerja terdedah kepada radiasi jarang terjadi semasa kerja membersihkan loji itu.

Loji di situ pernah musnah akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac 2011.

Jurucakap Tepco berkata, insiden pekerja terdedah dengan radiasi di loji nuklear Fukushima Daiichi melibatkan pendedahan sekurang-kurangnya 2 millisieverts pada Januari 2012. – MalaysiaGazette