Home Politik Calon PH DUN Duyong akui sukar berkempen kerana SOP ketat

Calon PH DUN Duyong akui sukar berkempen kerana SOP ketat

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Damian Yeo Shen Li
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Damian Yeo Shen Li

JASIN – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li mengakui dirinya sukar untuk bertemu dengan pengundi gara-gara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Menurut bekas ADUN Duyong itu, SOP yang ketat ternyata membataskan kempennya dalam misi mempertahankan kerusi itu.

“Memang sukar kerana bukan senang nak kempen tanpa bersemuka dengna pengundi, memang sudah pengundi nak kenal calon-calon muka baharu.

“Bukan senang kami nak berkempen tapi apa boleh buat kerana penularan Covid-19. SOP perlu diikuti dengan ketat kerana tidak mahu kes meningkat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tegas Shen Li, larangan mengedarkan risalah juga turut merencatkan siri kempennya.

Justeru itu, beliau menyerahkan kepada pengundi DUN Duyong untuk membuat keputusan sama ada beliau berhak untuk mempertahankan kerusi itu atau tidak.

“Kita tengok mana mana sentimen pengundi pada 20 November depan dan lihat hasilnya, sebab kami tidak boleh nak edarkan risalah calon.

“Hanya santai-santai, makan dan minum sahaja yang boleh,” katanya.

Shen Li menang pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) pada 2018 lalu dengan mendapat 7,642 undian ketika menentang Lee Kiat Lee daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 4,747 undi. – MalaysiaGazette