Home Pendapat Krisis migran di sempadan Belarus: EU awasi 20 negara

Krisis migran di sempadan Belarus: EU awasi 20 negara

Sebahagian daripada migran yang berada di sempadan Belarus. foto EPA

BERATUS-ratus migran terutamanya dari Timur Tengah dan Afrika di Belarus yang cuba
memasuki Poland pada Isnin disekat dan mencetuskan pertikaian dengan pasukan
keselamatan negara itu.

Percubaan ini dikatakan sebagai usaha memasuki negara-negara Kesatuan Eropah (EU)
melalui Belarus. Ekoran daripada itu, Lithuania semalam turut mengisytiharkan darurat di
wilayah sempadannya dengan Belarus selama sebulan.

Iraq pula telah memperuntukkan perbelanjaan untuk membawa pulang rakyatnya yang
terkandas di Belarus dan di tempat lain.

Manakala EU memantau keadaan di Rusia, Arab, Afrika, Eropah, Asia dan negara Latin
untuk menilai pelanggaran yang menyumbang kepada krisis pelarian di sempadan dengan
Belarus.

Brussels mengumumkan pada Selasa bahawa ia telah meletakkan 20 negara termasuk
Rusia di bawah pengawasan kerana disyaki terlibat dengan kehadiran pendatang ke
Belarus, sebagaimana yang dilaporkan oleh EU.

EU mengambil langkah terhadap 13 negara daripada penerbangan yang membawa
pendatang ke Belarus dilancarkan dan menyifatkan penerbangan ini sebagai eksploitasi.

Ketika ditanya semasa sidang akhbar mengenai tuduhan Moscow terlibat dalam sindiket
pendatang tersebut, jurucakap Menteri Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell berkata:
"Rusia adalah antara negara yang memerhatikan keadaan dengan penuh minat.

Ia berada dalam lingkungan radar pemerhatian dan kami sedang menilai maklumat yang diterima mengenai penerbangan yang berasal dari Rusia dan tentang kemungkinan penglibatan Rusia dalam situasi ini.”

Selama berminggu-minggu, orang Eropah menuduh Presiden Belarus, Alexander
Lukashenko mencetuskan krisis dengan memberikan visa kepada pendatang yang
terkandas di sempadan Lithuania, Latvia dan Poland serta mendorong mereka untuk cuba
memasuki negara-negara EU.

Ia dikatakan sebagai tindak balas kepada sekatan yang dikenakan oleh Brussels ke atas
negara itu berikutan tindakan keras terhadap perbezaan pendapat pada tahun 2020.

Dihalang ke EU

Beratus-ratus migran terutamanya dari Timur Tengah dan Afrika di Belarus yang cuba
memasuki Poland pada Isnin disekat dan mencetuskan pertikaian dengan pasukan
keselamatan negara itu.

Eropah mengumumkan sedang memantau keadaan di Rusia dan di 19 negara lain: Afrika Selatan, Algeria, Azerbaijan, Ivory Coast, India, Iran, Kazakhstan, Libya, Maghribi, Nigeria, Uzbekistan, Qatar, Senegal, Somalia, Sri Lanka, Syria, Tunisia, Venezuela dan Yaman.

Ia juga memberikan perhatian khusus kepada kekerapan penerbangan yang berasal dari
negara-negara ini dan kadar penumpang mereka.

“Sebaliknya, Brussels menghubungi 13 negara di mana ia mengesan pelanggaran, dan
penerbangan dari mana ia berlepas menyumbang kepada eksploitasi pendatang,” menurut
Stano.

Langkah-langkah ini bertujuan untuk menghalang rakyat dari 13 negara tersebut daripada
pergi ke Belarus untuk memasuki negara-negara EU.

Negara-negara tersebut ialah Cameroon, Congo, Republik Demokratik Congo, Mesir, UAE,
Iraq, Jordan, Georgia, Guinea, Lubnan, Pakistan dan Turki.

Jurucakap itu menegaskan bahawa rejim Alexander Lukashenko menarik pendatang ini
terutamanya melalui konsulat dan kedutaan negaranya dengan memberikan mereka visa
dan mengatur proses pengangkutan mereka ke sempadan negara-negara EU.

Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Margaritis Schinas dijadualkan melawat beberapa
negara ini dalam beberapa hari akan datang untuk memaklumkan mereka tentang Minsk
(ibu negara Belarus).

EU berharap untuk menerima pakai sekatan baharu terhadap Minsk. Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menyatakan bahawa EU juga sedang mengkaji cara untuk mengenakan sekatan ke atas syarikat penerbangan yang terlibat dalam mengangkut pendatang ini ke Belarus.

Iraq usaha pulangkan rakyatnya

Berikutan itu pada Selasa, kerajaan Iraq memperuntukkan AS$200,000 kepada
Kementerian Luar Negeri untuk menyokong kepulangan rakyat Iraq yang terkandas di
Belarus, Lithuania dan Poland.

Kenyataan kerajaan Iraq menyatakan bahawa dalam sesi biasa yang diketuai oleh Al-
Kazemi memutuskan untuk memberi kuasa kepada Kementerian Kewangan untuk
memperuntukkan sejumlah AS$200,000 kepada Kementerian Luar Negeri daripada rizab
kecemasan untuk fiskal semasa untuk dibelanjakan bagi rakyat Iraq yang terkandas di
Belarus, Lithuania dan Poland serta secara sukarela mengembalikan mereka ke Iraq.

Kerajaan Iraq telah memutuskan beberapa bulan lalu untuk menghentikan penerbangan ke Belarus sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengehadkan eksploitasi rakyat Iraq dalam operasi penyeludupan ke negara-negara Eropah.

Ia juga memperuntukkan penerbangan melalui Iraqi Airways secara sukarela untuk
mengangkut rakyat Iraq yang terkandas di sempadan Belarus dan mengembalikan mereka ke negara asalnya.

Atriza Umar
Pegawai Penyiaran dan Komunikasi
Pertubuhan IKRAM Malaysia