KUALA LUMPUR – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM26.34 bilion daripada RM31.5 bilion pada sebelah pagi, manakala dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM9.5 bilion daripada RM14.02 bilion.
Terdahulu, BNM menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Islam Qard.
BNM juga mengendalikan tender pasaran wang konvensional RM26 bilion dan tender pasaran wang Islam Qard RM9.5 bilion, kedua-dua bagi wang tiga hari.
Kadar rujukan Islam semalaman berada pada 2.96 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.11 peratus. – MalaysiaGazette