Home Sukan TMJ gelar ‘kepala pistol’, Sanusi balas hanya ‘peluru kapoq’

TMJ gelar ‘kepala pistol’, Sanusi balas hanya ‘peluru kapoq’

Muhammad Sanusi (kiri_ dan Tunku Ismail.

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) , Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tampil membalas kritikan yang dilontarkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai isu tunggakan gaji pasukannya.

Mendapat kritikan itu ‘kepala pistol oleh Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Sanusi menjawab kritikan itu hanya sekadar peluru kapur.

“La ni bulan sebelaih [11] dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia,” kata di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Masalah tunggakan gaji ini nyata memberi kesan terhadap prestasi Kedah Darul Aman (KDA ) FC dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan C di tangga kedua sekaligus bertemu dengan juara kumpulan D iaitu JDT.

Namun Kedah dilaporkan telah menyelesaikan tunggakan gaji pemain selama dua bulan semalam sebelum turun beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021 malam ini.

Perkara ini mendapat perhatian TMJ apabila beliau menegur sikap pengurusan pasukan Kedah yang hanya mahu melunaskan tunggakan gaji pemain sebelum berdepan JDT.
“Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol,” tulis TMJ.

Skuad bimbingan Aidil Sharin itu bakal menerima kunjungan JDT pada hari ini sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim pada 18 November depan bagi suku akhir kedua.

Aksi suku akhir yang lain antaranya Kuala Lumpur City yang akan turun menentang Selangor, Sabah menentang Melaka United dan Terengganu menentang Sarawak United. – MalaysiaGazette