MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Gadek, VP Shanmugam menghargai nasihat yang diberikan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak supaya beliau bekerja keras dan mendekati opengundi.
Katanya, Najib juga menasihatinya supaya tidak sesekali marah atau hilang sabar seandainya pengundi meluahkan perasaan kerana itu adalah hak mereka yang kecewa dengan segelintir kepimpinan.
“Pada saya semua nasihat itu sangat berharga dan akan saya sentiasa saya ingat,” katanya di Kampung Padang Sebang, di sini, hari ini.
Najib dan Shanmugam turut mengambil kesempatan menyantuni penduduk setempat selain mendengar permasalahan mereka.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Shanmugam akan ditentang Saminathan (DAP-PH), Mohd Amir Fitri Muharam (Bersatu-PN), Laila Norinda Maon (Putra), Azafen Amin (bebas) dan Mohan Singh (bebas).
Menurut Shanmugam, Najib turut memberi semangat kepadanya dengan menyatakan beliau tidak keseorangan, sebaliknya warga Gadek dan jentera pilihan raya akan memastikan kemenangan berpihak calon BN itu. – MalaysiaGazette