Home Seni Hidup Zizi Kirana masuk hospital kerana sakit perut

Zizi Kirana masuk hospital kerana sakit perut

Zizi Kirana

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Zizi Kirana dimasukkan ke hospital sejak Rabu yang lalu selepas mengadu sakit perut.

Akibat itu, Zizi atau Nur Fazelah juga terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) pada Jumaat lalu.

Dilaporkan Zizi dimasukkan ke hospital juga kerana kurang berehat sejak kembali aktif dua bulan lalu.

Zizi Kirana berkongsi gambar dalam hospital di media sosialnya.

Malah sejak mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu, penyanyi lagu Eh! itu tidak mengambil cuti dan terus menyambung kerja tanpa henti.

Zizi sepatutnya mengadakan persembahan bersama idolanya, penyanyi Fauziah Latiff pada malam ABPH 34.

Bagaimanapun, penarikan dirinya pada saat akhir digantikan oleh penyanyi, Wani Kayrie.- MalaysiaGazette