Home Sukan Xavi beralih kepada Marcos Alonso

Xavi beralih kepada Marcos Alonso

Marcos Alonso kini dalam radar pengurus Barcelona Xavi Hernandez untuk menguatkan bek kiri pertahanan pasukan itu.Kredit getty Image.

MADRID – Selepas berjaya membawa pulang Dani Alves ke Nou Camp, pengurus baharu Barcelona Xaxi, Hernandez kini mengalih perhatiannya ke arah bintang Chelsea, Marcos Alonso.

The Catalans mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa, Alves, 38, menyertai kelab berkenaan untuk musim ini.

Alves disifatkan sebagai bek kanan terbaik dalam sejarah Barcelona selepas memenangi enam gelaran La Liga dan tiga Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas menguatkan jentera yang disenaraikan oleh pengurus baharu yang juga bekas legenda itu, kelab terbabit kini mahu memulihkan bek kiri pertahanannya segera.

Bagi tujuan itu, Xavi telah mengenal pasti Alonso sebagai bakat tinggi dan pemain paling berkaliber untuk mengisi ruang bek kiri pertahanan dalam pasukannya.

Justeru Xavi juga dilaporkan mahu memastikan kehadiran Alonso memberi persaingan kepada Jordi Alba yang kini menghiasi posisi itu.

Alonso yang juga pemain Sepanyol telah melakukan 200 penampilan bersama The Blues sejak menyertai kelab London itu dari Fiorentina pada 2016.

Pemain itu berjaya menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris, Liga Europa, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA di Stamford Bridge.

Pemain berusia 30 tahun itu tidak begitu menyerlah di bawah bimbingan Frank Lampard namun kembali menjadi kunci utama di bawah pengurus baharunya Thomas Tuchel.

Alonso juga menerima persaingan daripada pemain England Ben Chilwell namun, dia dikhabarkan berhasrat kembali ke Sepanyol.

Barcelona sedang melalui proses pemulihan selepas jatuh ke tangga ke sembilan dalam liga Sepanyol di bawah bekas pengurusnya Ronald Koeman.

Barcelona dipisahkan dengan 11 mata di belakang pendahulu La Liga, Real Sociedad dan mendudki tempat kedua dalam kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah.-Metro.co.uk