KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tiga akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bersidang sejak 25 Oktober lalu.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun ketika memaklumkan perkara itu dipermulaan sesi sidang Parlimen pagi ini menyatakan, tiga akta yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong itu ialah;
1.Akta Levi Keuntungan Luar Biasa pindaan 2021
2.Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) pindaan 2021.
3.Akta Kumpulan Wang Amanah Negara pindaan 2021. – MalaysiaGazette