Home Nasional Jho Low panggil Najib ‘bos’ – Saksi 1MDB

Jho Low panggil Najib ‘bos’ – Saksi 1MDB

Ismee Ismail 1MDB SRC International Jho Low Taek Jho Najib Razak trial boss bossku TIA Terengganu Steering Committee Jho Low Taek Jho
Fomer Board Member of SRC International and former Non-Executive Director of 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail.

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih popular dengan panggilan Jho Low sentiasa merujuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘bos’.

Selain itu Jho Low juga akan menggunakan panggilan PM (Perdana Menteri) bagi merujuk kepada Najib.

Itu kata saksi ke-13 yang juga bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail dalam perbicaraan penyewelengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) juga dikaitkan dengan Najib.

Ismee mendakwa, panggilan ‘bos’ dan ‘PM’ itu sering diungkapkan oleh Jho Low dalam percakapan dan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), TIA adalah syarikat pelaburan strategik yang kemudian dikenali sebagai 1MDB.

Kata Ismee, Jho Low juga selalu mempamerkan dirinya sebagai penasihat kepada Najib yang mempunyai lantikan rasmi dalam TIA dan Jawatankuasa Pemandu tetapi tidak ada lantikan rasmi dalam 1MDB.

“Tetapi apa yang saya tahu beliau (Jho Low) berada di sebalik tabir 1MDB kerana saya dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang lain selalu menerima e-mel daripada beliau.

“E-mel itu adalaj cadangan kepada lembaga pengarah dan pihak pengurusan berkenaan pelaburan dan pembangunan yang akan dijalankan oleh 1MDB.

“Saya tidak tahu apa kapasiti Jho Low memberikan e-mel itu dan tahap pembabitan beliau dalam 1MDB. Apa yang saya dan BOD tahu, Jho Low mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Najib,” katanya ketika membaca keterangan saksi hari ini.

Katanya lagi, oleh yang demikian, semua arahan yang dikemukakan oleh Jho Low kepada BOD akan dituruti.

Dalam pada itu, saksi juga menceritakan bagaimana beliau mula mengenali Jho Low dalam prosiding hari ini.

“Saya berkenalan dengan Jho Low ketika pelantikan Jawatankuasa Pemandu TIA di Istana Terengganu pada awal 2009 yang mana lelaki itu memperkenalkan diri secara santai.

“Saya tidak pasti apakah kapasiti beliau dalam majlis itu tetapi saya anggap Jho Low adalah penasihat kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya.

Prosiding sedang bersambung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah ketika ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan ketika ini sedang berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. -MalaysiaGazette