LONDON – Pemain Manchester City, Benjamin Mendy dihadapkan ke mahkamah atas dua lagi pertuduhan rogol tambahan ke atasnya yang kini menjadikan sebanyak enam tuduhan rogol dan satu serangan seksual, lapor BBC.
Pada Ogos lalu, Mendy didakwa dengan lima kesalahan dan berada dalam tahanan pihak berkuasa selepas percubaan ikat jaminnya yang berulang kali ditolak oleh hakim.
City turut menggantung pemain itu semasa dalam tahanan sehingga kesnya selesai.
Mendy yang menjadi sebahagian anggota skuad Perancis yang menjuarai Piala Dunia 2018 berada dalam tahanan polis sebelum dibicarakan di Mahkamah Majistret Chester.
Pertahanan kiri itu berpindah ke City dari Monaco pada 2017 dengan nilai £52 juta.
Mendy beraksi 75 kali bersama City sejak empat tahun lalu, menjuarai Liga Perdana tiga kali tetapi prestasinya merosot akibat beberapa siri kecederaan.
Kali terakhir Mendy tampil bersama Perancis pada November 2019. – MalaysiaGazette