Cukup-cukup lah wakil-wakil rakyat lama buat perangai dengan bertindak melompat parti hingga menyebabkan sesebuah kerajaan dibubarkan dan semua pihak terbeban untuk melaksanakan pilihan raya.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N025 Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, sudah sampai masanya semua pihak menyokong Akta Anti Lompat apabila ia dibentang di Dewan Rakyat kelak.