Home Nasional Kadar kebolehjangkitan negara turun 1.02

Kadar kebolehjangkitan negara turun 1.02

Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rnaught pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara menurun satu mata kepada 1.02 mengikut kes yang dilaporkan semalam berbanding 1.03 semalam.

Namun, berdasarkan Rt di beberapa negeri, ada yang menunjukkan penyusutan dan juga peningkatan

Labuan yang merekodkan kadar kebolehjangkitan pada bacaan 1.29 kelmarin kini terus turun kepada sifar sepenuhnya.

Manakala Kuala Lumpur mengekalkan bacaan Ry 1.09 buat hari kedua berturut-turut.

Putrajaya yang turut merekodkan Rt 1.12 kelmarin susut kepada 1.06.

Negeri Sembilan juga kekal pada nilai Rt 1.07 tanpa peningkatan atau penyusutan.

Pahang menunjukkan kenaikan Rt daripada 1.03 kepada 1.05 mengikut data semalam diikuti Pulau Pinang daripada Rt 0.95 kepada 0.96.- MalaysiaGazette