MELAKA – Hari ini 476,037 rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab memilih kerajaaan sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15.
Sebanyak 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 saluran dibuka tepat jam 8 pagi dengan suasana pengundian dalam norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi membendung penularan wabak Covid-19.
PRN Melaka mempertaruhkan 28 kerusi DUN dan 112 calon bertanding masing-masing mewakili Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Bebas, Putra dan Iman. – MalaysiaGazette