KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.
Daripada jumlah berkenaan tujuh daripadanya adalah kes kematian luar hospital.
Berdasarkan data yang dikongsikan di laman rasmi COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah 29,937.
Sabah kini menjadi negeri tertinggi mencatatkan kematian iaitu 15 kes.
Diikuti dengan Selangor (7), Kedah (5), Kelantan dan Sarawak masing-masing (4) dan Pulau Pinang (3).
Selain itu, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing (2), Melaka, Perlis dan Kuala Lumpur pula masing-masing mencatatkan (1) kematian.
Manakala, lima negeri iaitu Johor, Perak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya tidak merekodkan kes kematian terbaharu.
Semalam, sebanyak 6,324 kes positif baharu direkodkan manakala 5,031 kes sembuh.- MalaysiaGazette