MELAKA – Polis mengarahkan sebuah kenderaan pengundi meninggalkan pekarangan SMK Telok Mas jam 8.45 pagi ini kerana mempunyai logo parti.
Ini kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Peruntukan tersebut menetapkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi jika mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi. – MalaysiaaGazette