Home Politik Abdul Ghani tinjau pusat pengundian

Abdul Ghani tinjau pusat pengundian

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

HANG TUAH JAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh meninjau proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung hari ini.

Abdul Ghani yang dilihat turun padang melawat pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil, kira-kira jam 10.55 pagi tadi.

Beliau turut memeriksa pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperkenalkan badan itu sempena PRN Melaka kali ini.

Antaranya kewajipan mengimbas aplikasi MySejahtera dan mencatat suhu badan oleh setiap pengundi dan kakitangan SPR yang bertugas sepanjang proses pengundian hari ini.

Abdul Ghani meluangkan masa kira-kira 30 minit di SMK Bukit Katil.

Hari ini seramai 476,037 rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab memilih kerajaaan sempena PRN Melaka ke-15.

Sebanyak 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 saluran dibuka pada jam 8 pagi dengan suasana pengundian dalam norma baharu dan SOP yang ketat bagi membendung penularan wabak Covid-19.

PRN Melaka mempertaruhkan 28 kerusi DUN dan 112 calon bertanding, masing-masing mewakili Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Bebas, Putra dan  Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman). – MalaysiaGazette