Home Nasional 5,859 kes positif Covid-19

5,859 kes positif Covid-19

Seorang petugas kesihatan sedang membawa sampel ujian saringan Covid-19 di Beijing. foto Reuters

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,859 kes positif jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Angka jangkitan yang direkodkan ini susut berbanding tiga hari lalu apabila melepasi 6,000 kes.

Jumlah jangkitan terbaharu ini menjadikan kes kumulatif Covid-19 di Malaysia terus bertambah kepada 2,581,747 kes.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan untuk seluruh negara setakat semalam adalah 1.01.-MalaysiaGazette

+ posts