Home Nasional Laluan istimewa buat pelajar Orang Asli melanjutkan pelajaran ke UPNM

Laluan istimewa buat pelajar Orang Asli melanjutkan pelajaran ke UPNM

BERA – Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM) akan menyediakan laluan khas bagi masyarkat Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  program laluan khas kemasukan pelajar Orang Asli ke UPNM yang dilaksanakan dengan koloborasi dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu sedang diperhalusi dan bakal dilaksanakan seawal tahun depan.

“Pihak JAKOA melakukan pelbagai usaha bagi memastikan pelajar lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Jalinan kerjasama antara pihak UPNM dan JAKOA memberi ruang dan peluang kepada belia orang Asli yang berkelayakan untuk menyambung pelajaran di UPNM,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian kerjasama strategik antara UPNM dan JAKOA bagi menyediakan laluan khas kemasukan pelajar Orang Asli ke universiti tersebut.

Seramai empat pelajar Orang Asli berjaya melanjutkan pelajaran ke UPNM di bawah tajaan pendidikan JAKOA berjumlah RM 90,840.

Pada tahun ini, JAKOA telah membiayai RM4,243,630 bagi membolehkan 983 pelajar Orang Asli melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang dan peringkat pendidikan.

Jelas Ismail Sabri, UPNM berhasrat dapat menarik minat lebih ramai generasi muda Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran. – MalaysiaGazette