MELAKA – Pakatan Harapan gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rembia selepas calon Barisan Nasional, Datuk Muhammad Jailani Khamis menang dengan hampir 1,000 majoriti.
Muhammad Jailani memperoleh 4,224 undi manakala calon PH, Zamri Pakiri memperoleh 3,364 undi.
Calon Perikatan Nasional, Zamzuri Ariffin pula meraih 2,433 undi. – MalaysiaGazette