Home Politik PRN Melaka: Kalah, menang tu biasa – Khairuddin

PRN Melaka: Kalah, menang tu biasa – Khairuddin

Mohd Khairuddin Aman Razali.

BANDAR HILIR – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyifatkan kekalahan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai adat dalam pertandingan.

“Biasalah pilihan raya menang kalah itu biasa. Kita harap Insya Allah apa jadi pun kerajaan di peringkat Persekutuan kekal, itu harapan kita,” katanya secara ringkas kepada pemberita, di sini sebentar tadi.

Pas tewas di semua lapan kerusi ditandingi dalam PRN Melaka sekaligus mengulangi kekalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Misi Pas yang menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) ternyata tidak berhasil.

Perkembangan itu memberikan tamparan hebat kepada Pas yang enggan bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRN Melaka.

Pas mempertaruhkan seramai enam orang calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRN Melaka kali ini.

Kerusi-kerusi yang dipertandingkan adalah di DUN Duyong, Tabuh Naning, Kuala Linggi, Serkam, Durian Tunggal, Klebang, Bukit Katil dan Merlimau. – MalaysiaGazette