ATLANTA – Sekurang-kurangnya tiga cedera dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta, Amerika Syarikat semalam.
Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) mengesahkan kejadian berlaku pukul 1.30 petang waktu tempatan.
Tiga orang cedera dalam kejadian yang berlaku dan ia dapat dikawal sejurus selepas insiden.
Dalam ciapan di laman Twitter, pihak berkuasa memaklumkan operasi penerbangan kembali pulih seperti sediakala dua jam selepas insiden.
Kejadian dikatakan berlaku apabila pegawai bertugas menemui senjata api ketika melakukan pemeriksaan bagasi salah seorang penumpang.
Ketika itu suspek cuba merampas semula yang kemudian menyebabkan secara tidak sengaja tembakan dilepaskan.
Susulan insiden, penumpang yang dikenali Kenny Wells, 42 tahun bertindak melarikan diri dan usaha menjejakinya sedang giat dilakukan.- Agensi