Home Dunia Kontonmen tentera Punjab dilempar bom

Kontonmen tentera Punjab dilempar bom

Kawalan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di seluruh Jammu berikutan serangan bom tangan di luar kem tentera di Pathankot di Punjab. foto: PTI

NEW DELHI – – Satu letupan bom melanda kawasan berhampiran kantonmen tentera India di negeri utara Punjab, kata polis.

Letupan berlaku malam Ahad di Pintu Triveni tentera di daerah Pathankot, kira-kira 430 kilometer ke utara ibu kota India, New Delhi.

Menurut polis, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam letupan itu.

Surendra Lamba, seorang pegawai kanan polis berkata: “Seorang polis yang bertugas memberitahu kami letupan bom tangan berlaku ketika sebuah motosikal sedang melalui dan kami percaya penunggang basikal itu telah melemparkannya”.

Lamba berkata, mereka akan mengesahkan ada kamera litar tertutup dipasang di kawasan itu.

Polis berkata, berikutan letupan itu, amaran dibunyikan di kawasan kantonmen.

Susulan kejadian tersebut sebanyak 24 pos pemeriksaan di seluruh daerah diadakan bagi memeriksa kenderaan yang lalu lalang.

Pathankot menempatkan pangkalan udara Tentera Udara India (AIF).

Pada Januari 2016, pangkalan udara itu diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang memasuki kawasan berkubu tinggi menggunakan tembakan dan bom, memulakan pertempuran senjata dengan tentera India selama empat hari. – Xinhua