Home Sukan Southgate tandatangan kontrak baharu bersama Three Lions

Southgate tandatangan kontrak baharu bersama Three Lions

Gareth Southgate. Kredit Foto: Reuters

LONDON – Gareth Southgate telah menandatangani kontrak baharu untuk terus mengemudi pasukan bola sepak England menjelang Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022.

Ia telah memberikan inspirasi baharu kepada ketua jurulatih itu dan juga para barisan kejurulatihan serta pemainnya untuk bersiap menghadapi temasya empat tahun sekali itu.

Perkembangan baharu itu akan memastikan Southgate akan terus mengemudi skuad Three Lions sehingga Disember 2024.

Kontrak lama Southgate sepatutnya tamat pada Disember 2022 selepas kempen Piala Dunia Qatar 2022.

Southgate mengendalikan pasukan kebangsaan sejak tahun 2016 lagi sebelum berjaya membawa pasukannya mara ke pusingan akhir Piala Kejuaraan Euro 2020.

Ini merupakan antara pencapaian terbaik skuad Three Lions dalam sejarah bola sepak antarabangsa.

“Saya rasa teruja kerana masih diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan ini,” katanya secara ringkas pada Isnin.

Southgate akan menguruskan England untuk Piala Dunia Qatar yang akan berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember 2022 selain pusingan kelayakan Euro 2024 yang akan membuka tirai dari 14 Jun hingga 14 Julai 2024.

Turut diperbaharui kontrak adalah penolong pengurusnya Steve Holland apabila bersetuju untuk kontrak baharu sehingga akhir 2024.- BBC Sport.com