Home Nasional Keputusan pembangkang jadi pemerhati dalam JTPD diketahui pada sesi penggulungan

Keputusan pembangkang jadi pemerhati dalam JTPD diketahui pada sesi penggulungan

Jimmy Phua

KOTA ISKANDAR – Tindakan kerajaan negeri Johor mempelawa pembangkang sebagai pemerhati dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) adalah kurang sesuai.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, mereka juga seharusnya diberi tempat dalam jawatankuasa itu untuk menuntut jawapan bagi pihak rakyat.

“Maknanya kita boleh masuk jawatankuasa sebab kita juga layak dan kita juga dilantik oleh rakyat kawasan tempatan.

“Kami juga perlu bawa suara rakyat ke dalam jawatankuasa tu yang kita rasa penting untuk selesaikan masalah harian, bukan semua benda kita boleh bawa dalam dewan.

“Pada saya banyak perkara atau masalah rakyat yang perlu kami bawakan seperti parit sumbat, longkang kotor, isu tempatan,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Perkara itu, jelas Jimmy, turut dipersetujui semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) pembangkang pada mesyuarat yang diadakan petang Khamis lalu.

Katanya, keputusan itu akan diumum pada penggulungan Belanjawan Johor 2022 pada Ahad ini. – MalaysiaGazette