SANAA – Dua orang terbunuh dan dua lagi cedera apabila serangan udara pakatan yang diketuai Arab Saudi terkena sebuah bangunan dalam pembinaan di Sanaa, ibu kota yang dikuasai Houthi, lapor TV al-Masirah yang dikendalikan Houthi.
Serangan udara itu juga memusnahkan sebuah kilang untuk menghasilkan bahan plastik
Kedua-dua tapak yang diserang terletak di utara Sanaa.
Sementara itu, gabungan itu mengumumkan operasinya mensasarkan tapak rahsia yang digunakan oleh Houthi untuk menyimpan dan menembak dron yang sarat dengan bom, termasuk bangunan dalam pembinaan yang digunakan sebagai kilang rahsia untuk memasang dron.
Houthi yang disokong Iran baru-baru ini telah mengiatkan serangan peluru berpandu dan dron rentas sempadan terhadap bandar-bandar Saudi.
Pada Februari, kumpulan pemberontak Yaman memulakan serangan besar terhadap tentera Kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi untuk menawan wilayah Marib yang kaya dengan minyak di tengah Yaman. – Xinhua