Home Politik Pas Selangor kecam PAN menyibuk urusan kerajaan negeri

Pas Selangor kecam PAN menyibuk urusan kerajaan negeri

Sallehin Mukhyi

KUALA LUMPUR – Pas Selangor mengecam parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) supaya tidak masuk campur urusan kerajaan negeri itu dengan cubaan memberikan tekanan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Muhkyi berucap pada Himpunan Pidato Anak Muda Tsunami Hijau Selangor di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Ampang. foto AFFAN FAUZI, 27 OGOS 2017

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi tidak berpuas hati dengan usul dibawa oleh wakil PAN Selangor baru-baru ini yang meminta Mohamed Azmin mengkaji semula kedudukan Pas di negeri itu.

“Amanah tak perlulah nak sibuk untuk menentukan urus tadbir kerajaan negeri ini. Kalau dia nak, tunggulah pilihan raya akan datang ini,” kata Sallehin.

Beliau juga membidas PAN sebagai kemaruk kuasa dan cuba merampas hak parti Islam itu dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Bagi saya, itu bukan soal pilihan raya tetapi soal kemaruk kepada kuasa,” katanya lagi.

Konvensyen PAN Selangor semalam meluluskan usul supaya Azmin menimbang semula kedudukan Pas di negeri itu.

Usul itu dicadangkan oleh Ketua PAN Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof dan diterima perwakilan tanpa bantahan.

Anuar berkata, penglibatan Pas, yang bukan dalam Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, PAN dan PPBM, boleh membantutkan usaha gabugan itu memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang. – MalaysiaGazette