Home Nasional Sayur mahal: Rosol kena turun padang

Sayur mahal: Rosol kena turun padang

Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid diminta turun padang dan menyaksikan sendiri realiti kenaikan harga barangan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata, pada masa ini rakyat sendiri merasai keperitan kenaikan mendadak harga sayur-sayuran.

Asyraf membuat kenyataan itu selepas Rosol mendakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tidak dapat memberi maklumat tepat mengenai isu yang didakwa itu kerana mereka hanya membuat kenyataan berdasarkan cakap dengar.

“Kita ada menerima aduan berkaitan kenaikan harga sayur, yang mana ianya dikatakan (naik) sehingga 200 peratus.

“Tetapi, hasil daripada siasatan kita mendapati, tidak ada. Bila kita tanya (CAP) di mana ianya berlaku, CAP jawab tidak tahu kerana mereka hanya dengar cakap,” kata Rosol ketika menjawab perbahasan Bajet 2022 bagi kementerian itu di Parlimen, malam ini.

Timbalan Menteri itu berkata demikian selepas CAP menggesa KPDNHEP serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera menangani kenaikan harga sayur yang meningkat sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

Dakwaan kenaikan harga sayur-sayuran yang berlaku sejak kebelakangan ini bukan sahaja menjadi rungutan CAP tetapi juga orang ramai.

Sehinggakan harga sayur-sayuran itu disamakan dengan jenama kereta-kereta mewah. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

Tiada kenaikan mendadak harga sayur, CAP hanya dengar cakap – Rosol