Home Nasional Empat kereta terbakar

Empat kereta terbakar

Kebakaran di khemah tempat letak kereta berhampiran Rumah Pangsa Taman Melati menyebabkan empat kereta musnah. Gambar Ihsan Bomba KL.

KUALA LUMPUR – Empat buah kereta yang diletakkan di bawah khemah kawasan tempat letak kenderaan berhampiran sebuah blok di Rumah Pangsa Taman Melati, di sini, telah musnah dalam satu kejadian kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kebakaran itu pada jam 4.04 petang tadi.

“Selepas tiba ke lokasi mendapati kebakaran membabitkan empat kereta iaitu Proton Persona, Mercedes, Perodua Kancil dan Nissan Almera yang diletakkan di bawah khemah kawasan tempat letak kenderaan di blok rumah pangsa itu,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, kebakaran itu mengakibatkan dua kereta iaitu Proton Persona dan Mercedes berkenaan hangus terbakar 100 peratus.

Tambah beliau, kebakaran itu mengakibatkan dua kereta iaitu Proton Persona dan Mercedes berkenaan hangus terbakar 100 peratus.

Sementara, satu lagi kereta iaitu Perodua Kancil pula terbakar 60 peratus, manakala sereta Nissan Almera terbakar 30 peratus.

Namun dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

Siasatan untuk mengenalpasti punca kebakaran sedang dilakukan. – MalaysiaGazette