LONDON- Jurgen Klopp percaya kehadiran Ralf Rangnick sebagai pengurus interim Manchester United sebagai berita buruk untuk pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Pengurus Liverpool itu menganggap Rangnick mengemudi kelab musuh tradisinya itu satu berita yang kurang menyenangkan dan menambah kebimbangan pesaing terkuat Red Devils.
Rangnick yang dianggap legenda bola sepak moden Jerman bakal diperkenalkan secara rasmi sebagai pengurus sementara Red Devils dalam masa 24 jam lagi selepas bekas pengurusnya Ole Gunnar Solskjaer meninggalkan Old Trafford pada Ahad lalu.
Rangnick akan mengambil alih kelab itu selama enam bulan sahaja sehingga Mei 2022 sebelum bakal berperanan sebagai penasihat elit selama dua tahun di kelab sama.
Rangnick mempunyai pengaruh terhadap Klopp daripada segi taktik perlawanan yang sukses.
Maka Klopp menjangka sesuatu tindak balas kuat dari Man United menerusi Rangnick selepas diambil alih tugas kejurulatihan dalam beberapa jam lagi.
Malangnya, kata Klopp seorang jurulatih hebat dan terkenal bakal datang ke England iaitu ke Manchester United.
“Ralf sememangnya seorang pengurus yang sangat berpengalaman apabila berjaya menjadikan dua kelab bola sepak yang tidak beridentiti sebagai pasukan digeruni dan yang terkuat di Jerman iaitu Hoffenheim dan Leipzig.
“Man United akan lebih terurus di atas padang selepas ini dan kita bakal menyaksikannya sendiri tidak lama lagi di bawah Ralf dan Kita semua perlu menerima hakikat ini selepas kemunculan(Ralf)nya nanti dan ia semestinya bukan berita yang baik untuk pasukan lain dalam liga,” katanya.
United dikatakan sudah mencapai perjanjian muktamad dengan kelab Lokomotif Moscow bagi melepaskan Pengarah pembangunan dan sukannya Rangnick untuk menyertai Theatre of Dreams yang dijangkakan dalam masa 24 hingga 48 jam sahaja lagi.
Rundingan peringkat akhir antara kedua dua kelab dikatakan positif dan Rangnick, 63, akan memohon untuk permit kerja selepas ini.
Selain Klopp seorang lagi bekas pemain bola sepak yang telah dilatih dan dilahirkan sebagai pengurus hebat di bawah bimbingan Rangnick ialah Pengurus Chelsea Thomas Tuchel.
Tuchel menerima tugas kejurulatihan pertama dari Ralf untuk mengendalikan pasukan Bawah 15 tahun kelab Ulm.
“Dia (Ralf) banyak membantu saya sebab dia bekas ketua jurulatih saya dan ikon utama yang memujuk saya menceburi bidang kejurulatihan dengan berani,” katanya.-Agensi