Home Pendapat Kenapa PRU-15 perlu disegerakan?

Kenapa PRU-15 perlu disegerakan?

(A) JUSTIFIKASI, SIGNIFIKAN dan RASIONALNYA KENAPA BN MENGGESA PRU-15 DIADAKAN SEGERA
1) Terbukti, KEJUTAN yang luar jangkaan telah berlaku setelah BN MELAKA memenangi 21 Kerusi DUN sekali gus mendapat 2/3 MAJORITI sehingga Kerajaan BN Melaka dan barisan Exco telahpun DIBENTUK dengan diketuai DS Sulaiman Md Ali (UMNO) selaku Ketua Menteri baharu. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa PADA SAAT INi,  pihak PH dan PN  Pro Midin yang TERSILAP TEKAN BUTANG dan BEGITU ‘TRAUMA’ AKIBAT SOLIDARITI dan GANDINGAN PADU antara ZAHID, BOSSKU, ISMAIL SABRI, MAT HASSAN dan Jentera BN NEGERI-NEGERI.
2) MOMENTUM KEMENANGAN BESAR di PRN Melaka ini WAJAR DITERUSKAN dan DIKEKALKAN secara konsisten. SUDAH JELAS kemenangan BESAR di PRN Melaka adalah REFERENDUM SOKONGAN RAKYAT KEPADA BN Dan PENOLAKAN kepada Calon PH dan Calon PN. Ini bermakna PRU-15 AMAT PERLU diadakan dalam TEMPOH TERDEKAT.
3) Bagi mengekalkan KERJASAMA JITU Dan KEBERANIAN PENGERUSI BN DAN BARISAN TERTINGGINYA BERSOLIDARITI mengenai PENGENALAN 86% CALON BARU (Contoh PRN MELAKA), STRATEGI, TAKTIKAL, MANIFESTO dan pengurusan JENTERA KEMPEN MAYA MEDIA SOSIAL yang begitu efektif.
4) Dengan MORAL Jentera BN YANG TINGGI, SEMANGAT JUANG yang SEDANG PADU ketika ini, jika dibiarkan terlalu lama, pasti akan mengambil masa yang lama pula untuk BANGKIT KEMBALI jika DILEWATKAN PRU-15.
5) Amat WAJAR MANDAT MUTLAK RAKYAT dapat DIKEMBALIKAN bagi MEMILIH KERAJAAN yang LEBIH STABIL dan MAKMUR berbanding kerajaan sedia ada. Ini penting dalam MEMULIH EKONOMI negara, mengurangkan kadar inflasi bagi mengelakkan kenaikan harga barang keperluan, terutama dalam MENARIK MINAT KEMBALI dan mengekalkan pelaburan langsung asing (FDI) kerana sudah ramai pelabur yang menarik pelaburan dan berpindah ke negara yang lebih stabil.
6) Kerajaan yang ada sekarang ‘fragile’, buktinya dengan majoriti tipis 114 MP, kerajaan terpaksa menawarkan MoU dengan PH yang ditandatangani pada 14 September lalu dengan menggariskan ikrar daripada kedua-dua pihak. Antaranya ialah kerajaan berjanji untuk tidak membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum (PRU) sekurang-kurangnya sehingga 21 Julai 2022 bagi memberi ruang kepada pelaksanaan pelbagai pembaharuan dituntut PH. Sebagai balasan PH tidak akan menyekat sebarang agenda utama kerajaan.
7) Timbul isu, walaupun MoU persetujuan kerajaan dengan PH untuk TIDAK MEMBUBARKAN PARLIMEN SEBELUM 31 JULAI 2022. Persoalannya, ADAKAH sepanjang tempoh berbaki 8 bulan ini tidak akan berlaku pelanggaran syarat-syarat secara tidak sengaja sama ada dari kerajaan atau PH yang boleh MEMBATALKAN MoU tersebut? Mampukah pihak kerajaan memenuhi semua syarat, permintaan dari PH? Sebagai contoh di PRN Melaka, berlakunya SABOTAJ Pemimpin PH bersama 2 ADUN BN untuk menjatuhkan kerajaan negeri, bahkan berlaku PERTEMBUNGAN calon BN dengan calon PN sesama sendiri di 28 DUN! Logik ke? Fikirlah sendiri?
8) Memandangkan RUU Belanjawan 2022 pada 29 OKTOBER lalu telahpun diluluskan. Maka, seperti mana KEPUTUSAN yang DIJANJIKAN kepada akar ambi UMNO oleh Presiden, MKT melalui PAU 2020 sebelum ini. Selepas PRN Sarawak pada 18 Disember ini diadakan. Maka, Parlimen MESTI dibubarkan SEGERA untuk Rakyat MEMILIH MANDAT MUTLAK Baharu untuk KESTABILAN DEMI KEMAKMURAN EKONOMI, SOSIAL dan POLITIK.
9) BN mampu menawarkan ‘WOW FACTOR’ melalui keberanian dan PENGORBANAN sebahagian pimpinan bahagian seperti yang dibuktikan dalam PRN Melaka dengan memperkenalkan 86% CALON MUKA BAHARU gabungan generasi pertengahan, muda dan wanita. Manakala 82 % adalah berkelulusan akademik Institut Pengajian Tinggi (IPT). Terbukti ianya TELAH BERJAYA dengan pelan pamplet yang baharu strategi dan taktikal yang TIDAK PERNAH BERLAKU sebelum ini. Maka, setiap BN negeri AMAT PERLU melaksanakan ‘WOW FACTOR’ ini.
10) BN perlu mendesak Kerajaan Pusat TEPATI JANJI di mana akta penting perlu usulnya didahulukan untuk DIBENTANG SEGERA khasnya menggubal AKTA PARLIMEN RUU AKTA LOMPAT PARTI yang DIJANJIKAN KERAJAAN dalam MOU berkenaan. Ia sepatutnya DIDAHULUKAN pembentangan di Parlimen SEBELUM PRU 15 diadakan dan DILULUSKAN TERLEBIH DAHULU DENGAN SOKONGAN 2/3 MAJORITI MP SECEPAT MUNGKIN!!
Ketika ini, Dewan Rakyat masih bersidang hingga 16 Disember. Gunakanlah peluang keemasan ini.
11) UMNO juga berpegang teguh pada tarikh pemilihan parti yang dibenarkan diadakan sehingga Disember 2022 seperti yang dimuktamad oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
12) Bagi memastikan ‘Pengkhianat Parti’, ‘Katak Politik’ dan sewaktu dengannya TIDAK DICALONKAN SEMULA oleh BN. Kepimpinan Tertinggi BN amat BIMBANG ‘KARTEL POLITIK’ ini akan mempunyai banyak masa dan peluang mengerakkan kembali ‘Langkah ‘Syaiton’’ dan ‘Grand Design’ yang boleh memecah belahkan ahli-ahli UMNO sekiranya PRU-15 dilewatkan.
13) ‘KARTEL POLITIK’ sedia maklum, amat mustahil mereka DICALONKAN SEMULA kerana SEMUA WATIKAH CALON BN hanya akan DITELITI, DISAHKAN dan DITANDATANGANI secara RASMI OLEH PRESIDEN UMNO iaitu DS ZAHID  HAMIDI sahaja! Presiden inilah DIRATIB dan DIPERSALAHKAN malah DIDESAK MELETAK JAWATAN dari Kartel’ ini setiap kali berlakunya krisis samada dalam dan luar parti!
14) Sekarang, TERBUKTI dengan BERKAT ILLAHI dan BANTUAN SOKONGAN PADU terutamanya BOSSKU dan SAHABAT SEPERJUANGAN yang TAAT SETIA, akhirnya beliau memiliki ‘Track Record’ memenangi tujuh kali PRK berturut-turut dan terbaharu kemenangan besar 2/3 majoriti di PRN Melaka!
15) Memandangkan UMNO telahpun bersetuju dan dibenarkan mengadakan :
i) Persidangan UMNO Cawangan
15 Oktober – 30 November 2021.
ii) Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Diadakan Serentak Seluruh Negara
11 Disember dan 12 Disember 2021 (Sabtu & Ahad)
iii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Diadakan Serentak Seluruh Negara pada
18 Disember 2021 (Sabtu)
16) Maka, UMNO yang sentiasa MENGUTAMAKAN PANDANGAN SUARA AKAR UMBI. Maka DISYORKAN melalui mesyuarat cawangan berbaki 4 hari ini, manakala Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang AKAN DIADAKAN nanti agar MENGUSULKAN kepada kepimpinan UMNO SUPAYA PARLIMEN DIBUBARKAN DALAM WAKTU TERDEKAT bagi MENGADAKAN PRU-15. InshaAllah  USUL ini akan DILULUSKAN SEBULAT SUARA oleh perwakilan.
17) Maka, USUL yang dipersetujui ini boleh DIBAHAS dan DIMUKTAMADKAN PERSETUJUANNYA oleh MAJORITI perwakilan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada 13-15 Januari 2022 (Khamis – Sabtu) nanti. Maka, KEPUTUSAN RASMI PERSETUJUAN melalui PAU 2021 ini adalah JUSTIFIKASI UTAMA PALING TERBAIK PERLUNYA MENDESAK PRU-15 diadakan SEGERA!
           ———————————
(B) APAKAH IMPLIKASI, RISIKO DAN SOP SPR JIKA PRU-15 DIADAKAN DALAM TEMPOH TERDEKAT ?
1) Kerajaan mengakui kebimbangan rakyat mengenai risiko jangkitan Covid-19 mungkin meningkat jika PRU-15 di adakan dalam masa terdekat. Bagaimanapun, rakyat mesti YAKIN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan mengikut piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang PRU-15 diadakan. Seperti SOP yang TELAH BERJAYA dilaksanakan sepanjang kempen hinggalah ke hari pengundian PRN Melaka yang lalu. Kes baharu Covid-19 telah direkodkan 168 kes (8 Nov-Hari Penamaan Calon), manakala hanya 116 kes (16 Nov-Undi Awal) dan seramai 192 kes  (20 Nov- Hari Mengundi).
2) Lagipun, lebih 30 buah negara sudah mengadakan PILIHANRAYA UMUM sepanjang pandemik Covid-19 dengan terakhir ialah pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang diadakan dengan SOP ketat yang BERJAYA dilaksanakan tanpa wujudnya gelombang dan peningkatan kes baharu yang ketara.
3) Dengan unjuran 100 peratus populasi dewasa di Malaysia telahpun menerima dos lengkap vaksin antara November hingga akhir Disember 2021. Manakala,  Disember hingga Januari dan Februari 2022 pula dijangka majoriti rakyat telah menerima dos penggalak (booster shot) untuk perlindungan lebih optimum bagi penerima 2 Dos Vaksin Sinovac dan sebagainya sebelum ini. Kita yakin pihak SPR telah membuat persediaan rapi setiap kaedah, syarat, peraturan terbaharu berdasarkan pematuhan SOP saranan pihak KKM mengikut situasi semasa pandemik dalam negara.
4) Jika kes baharu meningkat, SPR juga boleh mengesyorkan tambahan bilangan hari mengundi dijalankan selama 3 hingga 4 hari dengan pematuhan ketat SOP sepenuhnya. Kempen pilihanraya norma baharu iaitu total secara maya di PRN Melaka telah terbukti keberkesanannya.
5) Contohnya, ceramah yang menghimpunkan orang ramai adalah tidak dibenarkan. Begitu juga aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah-rumah pengundi dan aktiviti ‘walkabout’ juga tidak dibenarkan. Calon boleh memaksimumkan kaedah dan kreativiti kempen menggunakan medium dalam talian atau melalui saluran media massa dan media sosial.
6) SPR perlu memilih  tempat paling selamat ( contoh di lokap Balai Polis berdekatan) untuk menempatkan Peti-peti undi yang telah siap dengan kawalan ketat pihak berkuasa. Semua pergerakan keluar masuk peti-peti undi mestilah disaksikan oleh ‘Wakil Calon’ yang bertanding untuk ketelusan.
7) Maka sebarang penundaan, penangguhan dan pengiraan undi dibenarkan ketika itu. Ini hanyalah melibatkan pindaan-pindaan tertentu dalam Akta SPR sahaja. Yang penting adalah semua wakil parti yang bertanding dimaklumkan notis awal, dan sebarang sumber maklumat mestilah sahih dari pihak SPR sahaja untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
               ——————————
(C) KENAPA BN DIJANGKA BUAT KEJUTAN DALAM PRU-15? 
1) Ironinya, Bajet 2022 akan mula dibekanjakan pada awal Januari 2022. Justeru, rakyat serahkan  kebijaksanaan penuh berhikmah musyawarah antara Presiden UMNO dengan YAB PM-9 dan tokoh tertentu untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan atau menasihati kepada YDP Agong untuk PARLIMEN dibubarkan segera berdasarkan rasional, justifikasi, risiko dan solusi yang telah diutarakan.
2) Jika PAU 2022 yang akan diadakan 13 JAN hingga 15 JANUARI 2022 TELAH BERSETUJU MEMUKTAMADKAN SUPAYA KERAJAAN MESTI MEMBUBARKAN PARLIMEN DAN PRU-15 SEGERA DIADAKAN. Justeru, saya hanya mencadangkan : Bolehkah Parlimen DIBUBARKAN pada 21 JANUARI 2022 ? (Jumaat Penghulu Segala Hari). Selepas itu, dalam tempoh 60 hari PRU mesti diadakan.
3) Bolehkah dicadangkan pada 6 MAC 2022 (Ahad) sebagai HARI PENAMAAN CALON ? Juga dicadangkan 15 MAC 2022 (Selasa) untuk UNDI AWAL ? Dicadangkan tempoh berkempen selama 13 hari. Manakala boleh ke dicadangkan HARI MENGUNDI dijangka di adakan pada 19 MAC 2022 (Sabtu) ? Iaitu sebelum ketibaan 1 Ramadhan  dijangka pada 3 APRIL 2022.
4) Sesungguhnya UMNO wajib MEMPERTAHANKAN 79 kerusi Parlimen BN dan sebanyak 166 kerusi DUN BN yang dimenangi di PRU-14 dan MERAMPAS semula 16 kerusi yang ‘melompat’ ke PBBM dan kerusi kalah dengan majoriti bawah dua ribu majoriti.
Untuk rekod, BN menjadi satu-satunya parti bertanding di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN pada PRU-14.
5) Pada masa sama, dalam PRU-15 ini, BN WAJIB BERTANDING SOLO menggunakan lambang BN waima beberapa penjuru sekalipun! Kita yakin dengan FORMULA W.A.L.I iaitu satu pendekatan BAHARU dan BERANI oleh Presiden UMNO dalam memenuhi kriteria atau FORMULA W.A.L.I iaitu Winnable (boleh menang), Accpectable (boleh diterima rakyat) and Likeable (disenangi rakyat). Pendekatan Strategi CALON MUDA, MUKA BARU dan Aku Janji MANIFESTO BN yang komprenhensif dengan pengalaman mentadbir selama 62 tahun. BN PASTI akan menjadi PILIHAN PERTAMA rakyat khususnya Generasi Muda. InshaAllah BN mampu merampas kembali Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan mungkin beberapa negeri di luar jangkaan!serta MENERAJUI Kerajaan Malaysia diketuai oleh PM-10 dari UMNO!
                    ———————
(D) BILAKAH PEMILIHAN PARTI  UMNO SESUAI DIADAKAN ?
1) PEMILIHAN PARTI UMNO boleh dicadangkan selepas 3 MEI 2022 (Raya Aidilfitri). Bolehkah JN cadangkan Mesyuarat Cawangan diadakan 2 JUN HINGGA 18 JULAI 2022, manakala Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri diadakan serentak pada 23-24 JULAI 2022 (Sabtu dan Ahad), Mesyuarat Perwakilan 191 Bahagian  pula pada  30 JULAI  2022 (Sabtu) dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.
2) Jika mengambil kira proses pemilihan Parti UMNO sesi 2018-2021 yang lepas. Mana-mana kepimpinan dan ahli UMNO yang berhasrat menawarkan diri untuk sesi 2022-2024 untuk menjadi Presiden, Timbalan, Naib-naib pada pemilihan parti kali ini. Boleh ke JN cadangkan mulai mendaftar secara atas talian (Umno Online) bermula pada 25 sehingga 5 petang pada 11 OGOS 2022?
3) Pemohon yang menepati syarat,  dikehendaki mengisi lengkap info yang diperlukan dalam borang yang akan disediakan HQ UMNO. Pemohon perlu memastikan bahawa telah menjadi ahli UMNO di bahagian yang ditandinginya.
4) Senarai akhir calon akan dimaklumkan ke bahagian oleh HQ UMNO Malaysia melalui media online dan pekeliling ke Bahagian dan Negeri yang akan ditentukan nanti.
5) Maka bakal Presiden UMNO yang baharu, Timbalan, Naib-Naib Presiden dan barisan dinamik Ahli MKT yang baharu akan DIKETAHUI selepas itu.
Datuk Jailani Ngah
Penganalisis politik