Home Seni Hidup Kesihatan Zamani semakin pulih

Kesihatan Zamani semakin pulih

Zamani
Zamani Slam. foto IQBAL BASRI, 19 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui masalah sakit tulang belakang yang dihadapi oleh Zamani Slam sehingga mengakibatkan badannya melengkung.

Baru-baru ini, vokalis kumpulan Slam itu berkata, kesihatannya kini beransur pulih.

Malah Zamani Ibrahi, 50 tahun yakin mampu beraksi semula dalam konsert Mentari Muncul Lagi pada 12 Februari 2022.

“Tidak dinafikan masalah sakit tulang belakang itu sebenarnya bukan sahaja mengganggu fizikal saya, tetapi juga kemampuan untuk menyanyi.

“Alhamdulillah… Hasil rawatan berterusan termasuklah dengan menggunakan katil Ceragem, kesihatan saya semakin baik,” katanya ketika sidang media, baru-baru ini.

Sebelum ini, Zamani mendedahkan dirinya menghidap penyakit skoliosis yang membuatkan tulang belakang melengkung.

Tambahnya, dia akan memulakan latihan secepat mungkin untuk memastikan stamina dan hasil yang terbaik buat peminatnya.

“Kalau boleh saya mahu tutup buku terus mengenai masalah kesihatan ini dan beri fokus sepenuhnya untuk persediaan dan ketika konsert itu nanti,”tambahnya. – MalaysiaGazette