Home Nasional PPV tawar Sinovac sebagai dos penggalak terhad – ProtectHealth

PPV tawar Sinovac sebagai dos penggalak terhad – ProtectHealth

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menawarkan Sinovac sebagai pilihan dos penggalak adalah terhad ketika ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menawarkan Sinovac sebagai pilihan dos penggalak adalah terhad ketika ini.

ProtectHealth menerusi satu kenyataan berkata, kebanyakan PPV terlibat pada masa ini menawarkan vaksin jenis Pfizer.

“Sehubungan itu, jumlah PPV yang boleh menawarkan vaksin jenis Sinovac bagi pemberian dos penggalak akan dipertingkatkan secara berfasa.

“ProtectHealth juga mengambil kesempatan ini untuk menekankan bahawa Jawatankuasa Kerja Teknikal di bawah CITF-B masih mengesyorkan vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca sebagai dos penggalak,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, ProtectHealth melalui Pengamal Perubatan Swasta (PPS) akan terus membantu dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dos penggalak. – MalaysiaGazette