KUALA LUMPUR- Malaysia Airlines akan mengumumkan pembelian lapan pesawat Boeing 787 semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat, demikian menurut sumber industri.
Urusniaga bernilai lebih AS$1.8 bilion pada senarai harga dijangka menjadi salah satu pengumuman yang dibuat selepas Najib bertemu Presiden Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump pada Selasa.
Najib dijadualkan menyaksikan memorandum persefahaman di antara Malaysia Airlines dan Boeing.
Malaysia Airlines berkata, ia tidak mahu mengulas mengenai laporan tersebut kerana bersifat spekulatif, kata sumber yang enggan dinamakan kerana rundingan tersebut dilakukan secara tertutup.
Jun lalu, ketua eksekutif syarikat penerbangan tersebut berkata, ia masih dalam rundingan awal dengan Airbus dan Boeing untuk membeli 35-40 buah pesawat.
Pengeluar pesawat selalunya akan memberikan diskaun kepada senarai harga.
Boeing dan Airbus enggan untuk memberi komen.- MalaysiaGazette