Home Nasional Tiada pelaksanaan, lanjutan lokaliti PKPD – MKN

Tiada pelaksanaan, lanjutan lokaliti PKPD – MKN

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) lokaliti ditetapkan hari ini.

Dalam masa yang sama, menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad lanjutan lokailiti PKPD juga tiada.

Sementara itu kata beliau, PKPD di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Lipis akan ditamatkan esok.

Untuk rekod, PKPD di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dilaksanakan sejak 12 November lal manakala PKPD di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Lipis pula dikuatkuasa sejak 6 November lalu.-MalaysiaGazette