KUALA LUMPUR – Sempena kemenangan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia – Wilayah Persekutuan mendapat cutiĀ pada Jumaat ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat selaras dengan subseksyen 9 (2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Hari kelepasan am itu merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada tahun 1989,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette