Home Nasional 1MDB: Siapa Shaik Akmal, tanya Puad

1MDB: Siapa Shaik Akmal, tanya Puad

Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Rakyat sedang menunggu tindakan seterusnya berhubung pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung kaitan Datuk Tawfik Ayman dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan siapakah individu di Bank Negara Malaysia (BNM) yang menghalang agensi seperti SPRM dan Polis Diraja Malaysia berkongsi maklumat berkaitan akaun Tawfik yang diterima BNM dari Singapura pada tahun 2015.

Tawfik adalah suami Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang juga bekas Gabenor BNM.

”Benarkah jumlah yang diterima ialah RM700 juta? Mana baki yang lain. Singapura hanya pulangkan RM65 juta sahaja.

”Kenapa suami Zeti tidak disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)?” soal beliau lagi.

Malah, beliau turut bertanya siapa pula individu bernama Shaik Akmal Shaik Alauddin dan Vincent Cheah Chee Kong yang memiliki syarikat Morningstar Equities Ltd.

”Betulkah dia anak saudara Tan Sri Nor Mohamad Yakcop,” tanya beliau.

Tegas Mohd Puad, sudah tentu rakyat ingin tahu peranan Nor Mohamad kerana beliau juga yang menguruskan pinjaman berberbilion ringgit dari Kumpulan Wang Persaraan (Kwap) untuk SRC Internation.

Namun, soalnya lagi, apa kaitannya dengan Shaik Akmal. – MalaysiaGazette