KANO – Sekurang-kurangnya 29 penumpang termasuk pelajar sekolah maut dalam tragedi bot karam di sungai di negeri Kano utara Nigeria.
Menurut laporan BBC News, kebanyakan mangsa adalah pelajar sekolah Islam berumur antara enam dan 12 tahun yang sedang membuat lawatan sempena acara keagamaan.
Polis berkata, tujuh mangsa yang terselamat telah dibawa ke hospital manakala operasi mencari dan menyelamat diteruskan.
Punca bot tersebut terbalik dan karam tidak jelas, tetapi kemalangan sebelum ini dikaitkan dengan beban berlebihan dan penyelenggaraan yang lemah.
Terdapat juga kelemahan dari segi faktor keselamatan penumpang.
Kapal yang membawa lebih 50 penumpang itu terbalik ketika dalam perjalanan darikampung Badau ke bandar Bagwai.
Dua minggu lalu, sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak perempuan lemas apabila sebuah bot terbalik di Jigawa, manakala pada Mei lebih 100 orang maut di Kebbi, Nigeria dalam kemalangan yang sama.- BBC News