Home Ekonomi Tiada IPG untuk bulan November

Tiada IPG untuk bulan November

Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak teraktif bagi bulan November bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada bulan lalu, kata Lembaga Getah Malaysia.

Ini kerana harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah RM2.95 sekilogram bagi Semenanjung, Sabah (RM2.60 sekilogram) dan Sarawak (RM2.65 sekilogram).

IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah. – MalaysiaGazette