Home Dunia Banjir dan tanah runtuh di Vietnam

Banjir dan tanah runtuh di Vietnam

Seorang lelaki mengangkat basikalnya ketika mengharungi banjir. Foto Worldsaid

HANOI – Hujan lebat yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh di tengah Vietnam menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang hilang.

Kebanyakan mangsa dikhuatiri maut.

Usaha untuk mencari mereka yang hilang sedang giat dijalankan, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Banjir itu turut menyebabkan rumah musnah dan jalan raya rosak.

Pekan pantai Phu Yen, Binh Dinh dan wilayah penanaman kopi utama Vietnam, Dak Lak juga dilaporkan teruk terjejas.

Banjir telah menenggelami sawah seluas 7.8km persegi.

Namun, setakat ini tiada kerosakan dilaporkan dilaporkan membabitkan ladang kopi.

Vietnam terdedah kepada ribut dan banjir kerana pantainya yang panjang.

Bencana alam – kebanyakannya banjir dan tanah runtuh akibat ribut – mengorbankan seramai 378 orang pada tahun lepas.

Pusat Meteorologi Kebangsaan berkata, terdapat kemungkinan rendah kawasan banjir Vietnam termasuk wilayah pantai dan utara akan mengalami hujan lebat dan banjir pada akhir tahun ini. – Reuters