Home Pendapat PH perlu segera putuskan kerjasama ‘khemah besar’, jangan buang banyak masa

PH perlu segera putuskan kerjasama ‘khemah besar’, jangan buang banyak masa

Pakatan harapan
Seorang jentera, Samat Bakhri, 59, melakukan kerja-kerja untuk pemasangan bendera parti Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tanjung Kling, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 NOVEMBER 2021.

BLOK pembangkang hari ini dilihat lesu terutama di pihak gabungan Pakatan Harapan (PH) selepas tewas di PRN ‘norma baru’ Melaka baru-baru ini. Sejurus kekalahan PH berlaku pelbagai asakan dari dalam dan luar yang menggesa beberapa nama lama digugurkan untuk mengepalai pembangkang secara khusus yakni bagi PH.

Serangan bertubi serang ‘hang dan aku’ tidak menguntungkan sesiapapun termasuk rakyat kebanyakkan. PH perlu sedar saat PRU14 sudah berlalu kenangan mandat yang dirampas itu sudah lali dan tak perlu diingat kembali.

Cadangan konsep ‘khemah besar’ dilihat sangat ‘legit’ dan meyakinkan pada saat ini. Sifat
berunding dan terbuka PH perlulah diperluaskan tanpa ada anggapan negatif kepada pihak sealiran terutama kepada Pejuang dan Warisan.

Pembangkang seakan hilang identiti dan lebih mengutamakan kepentingan parti sendiri dengan hanya bergerak atas nama dan logo tertentu di majoriti tempat. Alangkah indah bergerak atas nama dan logo gabungan, bukankah itu cara sesuai untuk lebih dikenali ramai?

Rakyat hari ini mahu melihat apa solusi dan alternatif yang akan disajikan pembangkang
bukan lagi mahu mengira ‘number’ untuk mencapai sesuatu jawatan sehinggakan ‘yang
dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran’. Kritikan orang dalam dan luar mahupun baru atau lama sekalipun perlulah diambil serius agar PH dilihat diinsklusif dan bukannya ekslusif kepada golongan tertentu semata.

Jika dulu menjelang PRU14 pada 2018 lepas, pelbagai isu mengenai korupsi khasnya kes
1MDB menjadi tarikan pengundi untuk memilih PH apatah lagi sekarang masalah
pengangguran, pengurusan bencana dan kenaikan kos sara hidup yang makin tinggi. Jadi
PH perlu sedar isu begini mampu menaikkan kembali mood rakyat untuk terus menolak BN dan juga menolak PN yang dibarisi pengkhianat sekiranya PH bijak memainkan isu di
platform media baru.

Akhir kalam, tarikh PRU15 kemungkinannya pada awal tahun depan namun dengan
berlakunya trend peningkatan kes Covid-19 hari ini dilihat sangat sukar untuk PH terus
santuni rakyat berbilang bangsa dengan program ceramah kelompok dan himpunan
beramai-ramai kerana SOP sangat ketat sementelah berkaitan program politik di negara
kita.

Pemimpin PH perlu ‘tepuk dada tanya selera’ adakah ‘aku dan parti aku’ bersedia
pelbagai segi terutamanya kewangan dalam membudayakan platform media baru bagi
menggamit minat anak muda terutamanya pengundi berusia 18 tahun ke atas. Jika tidak
peluang PH memperoleh mandat baru kali ini mungkin terlepas begitu saja dan kita bakal
melihat Najib Razak kembali berkuasa memerintah semula di Malaysia kelak.

Abrar Sadiq
Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Kepala Batas