MOSCOW – Rusia mengerahkan sebuah pesawat pejuang pelbagai guna, Su-30SM mengiringi dua pesawat pengintip milik Amerika Syarikat (AS) yang menghampiri sempadannya di perairan Laut Hitam, kata Pusat Pengurusan Pertahanan Nasional.
Menurutnya, sistem kawalan ruang udara Rusia mengesan dua sasaran udara di ruang udara Laut Hitam yang menghampiri sempadan negara itu semalam, lapor TASS.
“A Su-30 and a Su-27 fighter jets from the Southern Military District’s air defense quick reaction alert forces were scrambled to identify and intercept the targets. The crews of the Russian fighter jets identified them as an RC-135 and a CL-600 Artemis reconnaissance planes of the US Air Force, and escorted them over the Black Sea,” the Center said.
“Sebuah pesawat pejuang Su-30SM dan Su-27 dari Daerah Tentera Selatan bertindak pantas mengeluarkan amaran ketenteraan pengerahan untuk memintas sasaran itu.
“Kru pesawat pejuang Rusia mengenalpasti mereka sebagai sebuah RC-135 dan sebuah CL-600 pesawat pengintip Artemis milik tentera udara AS dan mengiringinya di ruang udara Laut Hitam,” kata pusat tersebut.
Selepas pesawat pengintip AS itu dikeluarkan daripada sempadan negara, pesawat pejuang Rusia selamat pulang ke pengkalan, tambahnya.
“Penerbangan pesawat pejuang Rusia mengikuti pematuhan ketat undang-undang antarabangsa mengenai penggunaan ruang angkasa.
“Tiada pencabulan sempadan Rusia dibenarkan,” ujar pusat itu. – Agensi