LONDON – Pendahulu liga Chelsea kalah mengejut 2-3 di tangan West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
The Hammers yang beraksi di halaman sendiri dikejutkan oleh pasukan pelawat kendalian Thomas Tuchel menerusi gol seawal minit ke-28 menerusi tandukan menarik Thiago Silva di dalam kota penalti.
Gol itu meletakkan anak buah Tuchel di hadapan untuk seketika.
Namun kegembiraan itu tidak tahan lama apabila kesilapan penjaga gol, Mandy mengasari pemain tuan rumah mengakibatkan sepakan penalti dihadiahkan kepada skuad David Moyes.
Lanzini berjaya menyempurnakan penalti kepada gol penyamaan pada miniy ke-40 iaitu lima minit untuk separuh masa pertama tamat.
Bagaimanapum, The Blues tidak mengambil masa yang lama untuk membalas apabila sekali lagi membuka jaringan kedua pada minit ke-44 menerusi Mount untuk mendahului pasukan tuan rumah.
Separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan 2-1 memihak kepada Chelsea.
Anak buah Moyes yang enggan menyerah kalah lebih awal terus kembali beraksi dengan semnagat berbekalkan sorakana penyokong sendiri.
Hasilnya pada minit ke-56 Hammers kembali bangkit menyamakan kedudukan 2-2 menerusi rembatan kuat Bowen.
Chelsea terus menguasai bola dan mengatur serangan balas di gawang tuan rumah untuk mencari gol kemenangan bagi memungut tiga mata penuh.
Malangnya, nasib tidak menyebelahi skuad pelawat itu apabila sekali lagi dikejutkan tuan rumah menerusi gol ketiga pada minit ke-87 menerusi Masuaku.
Rembatan itu telah ditepis penjaga gol Chelsea namun bola berkenaan masuk ke dalam gawang gol sendiri menyebabkan tuan rumah menang menentang Chelsea.
Dengan keputusan itu Chelsea turun ke tangga ketiga selepas Man City yang menewaskan Watford 3-1 melonjak ke tangga teratas carta liga disusuli Liverpool yang berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit terakhir menentang Wolves.-BBC Sport.com