Home Politik Penduduk Kampung Sungai Baru didakwa ditindas, mana perginya Rina Harun?

Penduduk Kampung Sungai Baru didakwa ditindas, mana perginya Rina Harun?

Syed Badli Shah Syed Osman
Syed Badli Shah Syed Osman.

KUALA LUMPUR – Bantahan 110 orang penduduk terhadap pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kampung Baru baru-baru ini didakwa petanda kegagalan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun menyantuni masalah rakyat.

Disebabkan itu, penduduk yang menyuarakan bantahan terhadap pembangunan semula kawasan itu terpaksa menggunakan medium lain termasuk media bagi menyuarakan bantahan mereka berikutan ahli parlimen kawasan bersikap lepas tangan, dakwa bekas Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), Syed Badli Syed Osman.

Dakwanya, Rina bukan sahaja gagal menyantuni masalah penduduk terbabit, malah Rina sudah sekian lama menghilang dan tidak mengambil tahu perihal masalah kawasan berkenaan.

Artikel berkaitan: PKB mahu bantu penduduk Kampung Sungai Baru cari jalan penyelesaian dengan pemaju

“Rina gagal membela nasib mereka malah gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang seharusnya berperanan mencari titik penyelasaian terbaik kepada masalah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Justeru, beliau menggesa Rina untuk tampil memberikan penjelasan atau meletakkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa. – MalaysiaGazette

Penduduk Kampung Sungai Baru bantah pampasan menindas, tidak setimpal